Hari yang menggembirakan aku apabila aku dapat pengalaman baru di Kem Prostar.Disitu aku dapat menguji sejauh mana kemampuan aku untuk berada di kelompok yang baru buatku.Selama ini, aku rasa tidak terlalu tercabar keberanian aku kerana aku berada dalam kelompok yang aku sudah kenal.Tapi disana, aku diuji untuk memberanikan diri menunjukkan bakat aku sebagai seorang ketua walaupun ketua untuk kumpulan perempuan sahaja.Aku terpaksa cuba sedaya upaya untuk menjalankan tugas aku.Apa yang aku amat banggakan ialah melihat semua pelajar daripada sekolah aku mampu menonjolkan diri mereka walaupun ada pelajar lain dari sekolah lain yang sering dianggap jauh lebih hebat daripada pelajar sekolah aku.Sebenarnya aku percaya yang aku mampu jadi lebih hebat daripada pelajar lain yang kononnya datang dari sekolah yang hebat-hebat asalkan aku percaya pada diri sendiri.[PENGINGATAN APA YANG TELAH DITULIS DIATAS HANYA SEBAGAI PENDAPAT SENDIRI BUKANNYA UNTUK MENGHENTAM SESIAPA. JIKA ADA YANG TERASA HARAP MAAF]
Ha..... tadi cite pendapat sendiri sekarang aku nak cite,kisah lucu pulak!!! DENGARNYA....
Aku berada dalam kumpulan Durian yang dianggotai oleh Zul, Shafiq,Madan,Si Adek,Eidil,Syidah dan AKU.Kumpulan aku mendapat tempat ketiga, ok la tu.....
Kami terpaksa menyanyi lagu sambil buat gaya dlm acara Explore.Lagunya berbunyi ''DEPAN BLAKANG,DEPAN....KIRI KANAN,DEPAN...DEPAN BLAKANG 2....KIRI KANAN, DEPAN.''[perlu dinyanyikan dng rentak yang cepat sambil tangan cekak pinggang].
Ada jugak kumpulan yang kena berendam dalam kolam sambil menyanyi ''Lagu Itik Ayam Tok Wi'',comel sungguh!!!!. Memang seronok la aku dan perserta Prostar yang lain kena reging tapi aku tahu semua tu untuk menjadikan kami semua remaja yang cemerlang.
Ho ya.... sebelum aku lupa, aku nak kongsi tentang pengalaman aku kena menemu ramah seorang pengawai dari AADK, ketar lutut tapi saja aku tunjuk muka selamba depan kawan2 aku, jaga saham takut jatuh la paluk,sebab kat sekolahkan aku berani sangat dkat kem nie pun kena la berani jugak walaupun tuhan saja yg tahu betapa takutnya aku.Lagi satu aku juga berpeluang menanyakan satu soalan kepada PKD Dr.Hjh.Thaherah Nor Bt. Mohd Kassim mengenai kekeriluan aku tentang adakah rawatan Spa Ikan bleh menyebabkan tersebarnya HIV,jawapannya masih belum ada kajian yang dilakukan menunjukkan kesahihan perkara tersebut,jadi buat masa skrang rawatan Spa Ikan bukanlah penyebab jangkitan HIV.Bukan tu ja, aku siap salam dng doktor tu tau,ambik berkat kut-kut dpt jadi doktor suatu hari nanti...AMIN....
Dekat sini aku nak ucap ribuan terima kasih kpd Penyelaras Prostar Kerian Cik Nabilah Bt.Abd Hamid dan seluruh ahli jawatankuasa yg menganjurkan Kem Remaja PRS,Prostar dan Cerah sempena sambutan Hari Aids Peringkat Daerah Kerian di Perasa Autocamp,KG.Jelutong,Changkat Jering, Perak.Kalau ada Prostar buat apa-apa kem lagi ajaklah NORJANNAH sekali yer......

No comments:
Post a Comment